Wednesday, March 31, 2010

Get Well Soon Din Beramboi

I've never heard that rat's pee could be very deadliest. Yet, yesterday there's a news that mentioned Din Beramboi is admitted to ICU due to this stupid animal. Plus, he's also having Dengue Hemorrhagic Fever. Haiyohhh, combo la plak. Sigh..... I herd it from forum.cari.com and the thread title was


Awas Virus Kencing Tikus - Din Beramboi Kritikal di Hospital (ini bukan lawak)


See, how big the influence of this old star. Even the news for deadly disease, ppl need to state it was not a joke.

I was his fan, he's keep me laughing in a car while facing stupid Kemaman Bridge Traffic Jam every day with his bundle of crazy words and jokes. His spontaneous idea & language is the reason why I'm prefer to driving early in the morning back to Kemaman, so that I can hear his jokes 6-10 a.m. -non stop.

Get Well Soon Din. We still need your Sawancara & Drama Sebabak.

Monday, March 29, 2010

Manusia Tak Pernah Puas

Org selalu cakap, kejayaan perlukan pengorbanan. Tapi aku rasa, ade je kejayaan yang ter perlu berkorban besar, cuma kita perlu redha dengan ape yg kita dapat.

Simple Example

Kenapa org kerja KFC boleh survive dalam hidup? It was because, diaorg redha dengan apa yang ada pada diri mereka dan mereka teruskan hidup.

Jangan pasang angan2 yang melambung, kerana akhirnya ia akan pressure diri sendiri. Tak salah nak pasang cita-cita, tapi ia perlulah selari dengan kebolehan dan minat dalam diri. Jika tidak, jadilah kita hamba kepada angan-angan sendiri.

Bekerja kena berorientasikan minat, kerana masa bekerja adalah 40% dari jadual harian kita. Macam org kerja macam aku, once pergi offshore, masa bekerja adalah 100% dari waktu kita. Jadi, kalau kita kerja bukan kerana minat, kita dah jadik hamba kepada duit. Sedih kan?

Dalam satu dunia imiginasi aku, adalah sangat indah kalau orang yang suka melukis, dan dia bekerja sebagai pelukis dan dia dapat gaji dari melukis, iaitu satu benda yang dia suka. Indah kan alam tersebut. Thats why, ader ramai orang dalam dunia ni willing jadi taxi driver, pasal dia minat memandu, dan dia dibayar untuk memandu.

I HATE MY JOB. Yes, to be frank, aku hanya bertahan hanya kerana aku kena dapatkan duit. Tak lebih dari tu. Aku takde passion lansung dalam kerja ni, aku hanya buat ape yang aku patut buat untuk jadikan gaji yang aku terima adalah halal.

Stress? Yes I am, tapi aku bukan botak okeyy



p.s : I'm off to Miri to meet my gf. Yeay !!!!!!

Saturday, March 27, 2010

Hari Ini......


Another milestone in our life for a greater future....ahead

p/s : I Love Habib

Friday, March 26, 2010

Jalan Jalan - Putrajaya

Ekceli, jalan jalan ni happen last week, tapi memandangkan jadual aku yg maha bizi, so baru boleh post skrg. Wakakakak, matilaaa mengalahkan PM. Aku bukannye tak biasa pgi Putrajaya, since one of my friend tak penah pegi tptni (kesian kan, 25 years old, 1st time pg putrajaya, huh), so aku bawak laaa pg tpt ni. Since aku dah muak pg tpt2 yg common, kitorang berenti kat Masjid aje. Tu pun pasal aku tak penah pagi lagi Masjid ni.


Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi


Gile laaaa, masjid ni mmg cun. Design yg bijak dan sgt mesra alam. Open air, bumbung transparent, so takpayah pakai api (masa siang laaa). So enjoy the pic

The Entrance - Grand kan?



Pintu Masuk Utama



Nice




Interior




Bumbung - Unik giler



Cuma, dalam keindahan masjid ni, aku tertanya2, apakah fungsi masjid ni sedangkan Masjid Putra (yang kaler merah tu) just few kilometer from this mosque.





Tuesday, March 23, 2010

Heading South

Esok aku pergi JB, Yahoo!!! Nak jumpe kekasih tersayang yang dah 2 bulan menyumpit kat Miri. Tah camne laaa muka beliau sekarang. Tah2 dah pakai subang yang kasi telinga panjang tu kot. Ekekeke Just Kidding.




Just wondering, sape nak jage flight aku? Well, I'm addicted :P

Anyone?

Balik balik lagu sama

Mesti korang penah alami satu keadaan dimane ader satu lagu yang keep playing dalam kepala hotak korang kan?
Since AF tgh jalan skrg, kepala hotak aku telah capture satu lagi dalam task minggu lepas dan ianya keep repeating sampai arini. Uishhh. Lagu ni catchy and lirik dia sangat ikhlas. Heheheh. Even student yg nyanyi lagu ni masa concert tu tak best mane, aku rasa lagu ni actually ader value. Maybe sebab aku baru subscribe Astro Box Office yg ade movie Pisau Cukur, pun ade contribute terharap sindrom ni. Lagunya ialah

ERT

Ko pikirlaaa, lagu ni laa dok pusing2 dalam kepala hotak aku lately. Pelik kan?
Lirik dia sangat ikhlas dan direct to the point. Ekekekke. Lawak tol



Perempuan kini harus pandai menjaga diri

Jangan buta berkasih sayang
Sebelum berjanji lihat dulu kuasa membeli
Tak inginkah hidup senang?
Jejaka rayu gadis
harapan indah dilukis
Mana dia jaminannya?
Bukan materialis
Kita hanya bersikap realis ekonomi rumahtangga
Panggillah apa pun gelaran
Pisau cukur mata duitan
Terpulang pada yang punya badan
Asal terjamin masa depan


(korus)
Inilah ERT ini ekonomi
ERT Ekonomi
zaman kini


Janji murah sekali jangan terima tanpa gerenti
Sesal dulu pendapatan
Lelaki pandai menyimpan
Perempuan pun mesti boleh
Buat dulu bersedia


Panggillah apa pun gelaran
Pisau cukur mata duitan
Terpulang pada yang punya badan
Asal terjamin masa depan


Ulang korus


Hari ini hanya kau satu
Esok lusa siapa tahu
Mungkin engkau satu
Perempuan
Ambil dulu sebelum terlambat


Wajah kan hilang manis
cinta suami kan terkikis
memang itu resam dunia
Biar hati terguris jangan biar diri muflis
kerna ringgit lebih setia
(ulang korus)

Lanskap

Mesti korang perasan kan...most of divider jalan kat Malaysia ni sekarang dipenuhi dgn lanskap. Ade yang cantik, ader yang biasa2 ajo. Sesape yang tak paham ape tu lanskap, ni haaa contoh lanskap.



Contoh Lanskap




Tapi, last week aku pegi satu one of premier township kat area KL, dan aku nampak LANSKAP.



Wahhh, cantiknye lanskap



Monday, March 22, 2010

Review Filem - How To Train Your Dragon

Seperti yang aku ader share ngan korang aritu, aku ader hobi terkini yakni nengok movie 3D. Wakakaka. 1st movie, Avatar- great!!! 2nd movie, Alice - Hampa. So here's come the 3rd, How To Train Your Dragon.

Aku sangat berharap yang movie ni impress aku. Compared to other 2, movie ni is fully animated, so aku punya expectation agak tinggi laaaa. The movie start pukul 1:45, tapi aku masuk awal pasal on my previous experience, ader 2-3 trailer movie 3d yang coming soon akan di'promo'. So, dpt tgk in-advance laaaa.
So, here's mu so-called review on this movie







Basically, cerita ni pasal relationship antara sorang Viking 'loser' dengan dragon dia. Wakakakak. So, kita boleh agak aper sebenarnya perjalanan movie ni. Budak loser, syok kat sorang awek, kena buli.. bla..bla...bla... But, who cares? Yang penting, banyak scene2 yang best dalam movie ni dan effect 3D diaorg pun agak gempak. Perjalanan movie yang laju, senang dipaham dan menarik. Dragon yang ganas telah di'cute'kan dengan nama "TOOTHLESS' oleh hero cerita ni, Hiccup. (Apakah nama watak dalam ini filem sengat sengal, hiccup? toothless?)


Dua watak penting dalam movie ni, Hiccup & Toothless



The movie was alive with beautiful 3D animation and the fantastic background scenery gave this one a breath-taking quality that made it distinct. Maybe, tindakan pengarah adalah sangat bijak utk masukkan scene armada kapal yang bergerak dalam group memberikan efek yg sangat cantik especially the final climactic battle, were truly in a class of their own. It was so alive sampaikan kekadang aku rasa nak ngelak2, kot2 sepihan batu dari movie tu kena kat aku. Nampak real siot!!!

Tolak ketepi isu kualiti, pasal aku tak pakar dalam bidang tu. Justifikasi aku terhadap cerita yang menarik adalah apabila aku tak tengok jam lansung sepanjang movie. Itu adalah simple judgement aku, and so far ianya agak betul. Bila cerita tu best, kita takkan ade masa utk tgk jam regardless how long the duration of the movie is.

So konklusinya, AKU TAK TENGOK JAM MASA TGK MOVIE NI, maknanya?

MOVIE NI BEST!!!

Sunday, March 21, 2010

Aku dapat kerja baru


Aku dapat kerja baru!!!!!


Guna telefon berkamera rakam kesalahan trafik - JPJ
21/03/2010 4:03pm


KOTA BAHARU 21 Mac. — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan meminta orang ramai yang memiliki telefon bimbit berkamera atau kamera biasa agar merakamkan gambar pengguna yang melakukan kesalahan trafik.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata kesalahan trafik yang dirakamkan itu boleh dihantar melalui laman web JPJ, aduantrafik@jpj.gov.my.

Laman web itu disediakan sejak Operasi Sikap ke-XXI sempena Tahun Baru Cina yang diadakan awal tahun ini, katanya.

"Kita mahu mereka (pengguna jalan raya) merasa cuak dengan keadaan sekeliling. Mereka akan rasa diperhatikan dan berfikir beberapa kali jika berhasrat melakukan kesalahan trafik, ini akan membantu mengurangkan kesalahan yang selalu mereka lakukan,” katanya.

Sehingga kini JPJ Kelantan ada menerima banyak kesalahan bergambar yang dirakamkan orang awam, bagaimanapun pihaknya menyifatkan sambutannya masih kurang.

"Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui cara untuk menghantar gambar kesalahan tersebut, jadi pihak kami berharap selepas ini kerjasama daripada mereka (orang awam) mampu membantu kami menjalankan tugas dan membolehkan bukti kesalahan dikenal pasti,” katanya.

Selain itu beliau berkata, pihak JPJ juga masih meneruskan Operasi Penyamaran di kawasan tumpuan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan.

— Bernama



Matilaaa pas ni aku nak buat part time jadik spy JPJ. Siap korang!!!!!

Hari Ini Hari Shopping

Hujah 1 : Aku tgh carik comforter baru
Hujah 2 : Aku ader 80 ringgit aje
Hujah 3 : Metrojaya ade sale, comforter Akemi just for RM 79. Hilang akal ape?



Kesimpulan : Aku beli 2 conforter baru. Ape kes?


Aku rase bos Metrojaya ni nak buat amal jariah kot





Saturday, March 20, 2010

Meroyan di Kaki Lima

Entry ni ader gamba ajo.

Lokasi : Depan Hotel Corus, Kuala Lumpur
Time : Around 3 p.m.



Aku : Tgh Jalan-Jalan
(hanya gambar hiasan)
Tiba - Tiba


Ader Perempuan Stress - Tgh meroyan, sepah-sepahkan barang



Aku : Snap2
(hanya gambar hiasan)



Then Bapak Polisi Datang



Perempuan Stress : Kemas Barang (Bapak Polisi buat muke ketat...takot)



Perempuan Stress sedang mendengar ceramah larangan berbaring di pedestrian walk ...ngeeee



Perempuan Stress nak salam bapak polisi, tapi bapak polisi kekwat



Perempuan Stress lambai2, perasan dia Erra Fazira baru menang Miss Universe



Perempuan Stress blah, cari port baru kot


Moral of the story : Ntah.....

Akademi Fantasiot

Malam ni 1st konsert AF. Yes, I'm AF follower from the very 1st season (tu pon pasal my schoolmate adalah participant) and aku terus jadik follower program ni. And for sure aku akan select few student utk jadik feveret & menyampah aku berdasarkan several criteria yg sometime aku sendiri tak tau kenapa. So, this year, aku decide utk support 2 org student and menyampah ngan 1 student.



Yang aku suka is Ain & Iwan. Why Ain, suara dia sedap. Why Iwan? Dia org N9, aku pun ade darah N9, full stop. Wakakakaak. But, memang aku sokong 2 org ni laaaa. Tapi, macam mana minat sekalipun, aku takde la sampai tahap mengundi. Huhuhu




Go! Go! Go!
Image courtesy from Astro

Yang aku tak suke : Minah sabah yang serabut, Anum. Nama pon dah kampung. Balik la umah, tanam jagung. Aku serabut tgk muke ko!!! Ehhhh, memain je.



Anum, ko boleh balik Tawau, tanam jagung



So, ni senarai student AF yang aku suke & aku tak suke dari 1st Season



AF1

Suke:

Sahri : Schoolmate aku + orang Melaka (wakakakak bias giler)
Liza : No reason

Tak Suke
Rosma : Poyos!!
Azizi : Saje, tak suke

AF2

Suke
Farah Breep Breep : Cute!

Tak Suke
Takde kot

AF3

Suke
Akma : Aku rasa suara dia sedap walaupon.....

Tak Suke
Amylea : Blah la lu

AF4

Suke
Diddy : Sore Sedap
Zila : Warih den, full stop

Tak Suke
Faizal : Tak boleh blah.....

AF5

Suke
Mila : Dia nampak berusaha utk menang
Shawal : Suara sedap, walauponnn

Tak Suke
Candy : arghhh, tak bley blah

AF6

Suke
Nubhan : Suara Sedap + Warih Den

Tak Suke
Takde

AF7

Suke
Akim : Ok laaaa, ko jgn poyo sudah
Claudia : Ermmm, ntah

Tak Suke
Aril : For Sure

Friday, March 19, 2010

Good Food

Several days ago, aku ngan member aku pegi la dinner kat satu restoren kat Kemaman ni haaa. Selepas direkomen ngan my collegues, kitorang pegilaaa restoran tu. Actually, masa cari tempat tu, aku dah agak sarcastic, "BETUL KE TAK TEMPAT NI?" because it was a pure housing area. What else you can expect from housing area's stall instead of burger & nasik lemak? Tapi, since pilihan restoran yg tak banyak kat Kemaman ni, kitorang carik la gak memandangkan IT WAS RECOMMENDED.

Sedang kitorang tgh mencarik2 restoran tu.....

TIBA TIBA



Wah, macam best restoren ni.







Have a look on the lanscaping & decoration. It was simply Nice!


We're shocked, pasal the mentioned restaurant was quite nice even was surrounded by terrace house. Pelik kan? My First Impression: A+ ;

So, kitoang start laa order. Hmmmm, actually It was a Western Food restaurant, so pilihan adalah sedikit terhad kepada steak, chicken chop & italian.

Aku Oder Sirloin Steak & My Friend oder Chicken Teriyaki. Air? Bayar 2 ringgit, boleh amek ape saje air, boleh refill. Perghhh, with wide selection of cold & hit drinks (self service), I considered this as another attraction!


My Sirloin Steak, Nice to see, Great in Taste!
Perhatikan ade sikit gap antara coleslow ngan fries. Aku dah ngap awal2



Kael's Chicken Teriyaki. Tak tau sedap ke idak, pasal he haven't offer. Wakakakak

Overall, the food got full mark from both of us. Aku tak penah sangka, this sleepy town ade wastern food yg best. The only negative part is this place is undergo some expension plan, so the floor and table is a bit dusty. Tapi...takpe2. Dimaafkan pasal.......

Untuk 1 steak set, 1 chicken teriyaki set + 2 set of bottomless, various drinks , kitorang hanya perlu bayar RM30. It was REALLY CHEAP!!!

So, sape2 org Kemaman nak makan Western Food, aku rekemen tempat ni. The easiest landmark is Sekolah Menangah Bukit Mentok, the restaurant is nearby this school.

SELAMAT MENCUBA





Wednesday, March 17, 2010

Payung Misteri

Aku baru sedar yang Kemaman dah ader 3.5G. Hmmmm, OK. Tapi ironi nye, aku rase Broadband Maxis ni, makin lama, makin slow la pulak. ishhh...ishhhh. Ini boleh mengundang marah ni !! But, as long aku boleh make sure all my flight run smoothly (sila baca posting "addicted"), aku tak kisah laa. Cuma hati panas je laaa bila nak stream you tube dah tak smooth... arghhhhh


Tiba-tiba



098632210 : Hello, ni Encik Azzad Hafiz ke?
Aku : Ye, saya
098632210 : Saya dari ABX Express. Boleh datang pick up courier ye cik dari Maxis
Aku : Owhhh, Ok. Terima Kasih (sambil kompius)


Sampai je opis ABX express tu, org tu kasik aku payung satu. (Kompius Sekali Lagi).

Aku : Saya nak amek courier saya
Org ABX : Ni la courier nyer
Aku : owhhhhh

Persoalan, apakah fungsi payung tersebut?



A) Untuk teduhkan hati aku yang dah sedia panas
B) Untuk surf internet tengah padang
C) Buat Hiasan Dalam Kereta
D) Pasal Malaysia sangat panas lately


Selidik punya selidik, rupanya Maxis ade buat campaign update detail dan hadiahnya adalah PAYUNG !!!

Signifikan betul hadiah dengan keadaan semasa.

Musim 4D ....ehhhh 3D

Frankly, pengalaman pertama menonton filem 3D baru aje. Instead, my first is Avatar & aku sangat impress ngan graphic yg sangat cun dalam movie tu. Memang gempak habis. Sejak dari itu, aku tertunggu2 la next 3D line up. The first after Avatar is Alice In Wonderland. So, last week, aku pergi laaa dengan gigih nak tengok Alice.





Personally, aku agak hampa dgn cerita ni. Aku rasa nak tido aje, tapi memikirkan tiket yg berharga RM 15, aku gagahkan gak mata ni utk habiskan cerita. Huhuhu. Cuma seronok tgk gelagat 2 ekor budak GEDEK (Gemuk + Pendek) berbaju belang tu n the Mad Hatter. Yes, Johnny Depp memang champion dalam berlakon watak lelaki pelik. Jack Sparrow, Sweeney Todd, Willy Wonka & beberapa yg lain jelas membuktikan Johnny Depp mmg champion. Bagi aku, dia yg selamatkan movie ni.
Since jarak antara Avatar & Alice yg agak lama, aku assume yang next 3D movie pun agak lambat lagi laaaa. Tetiba, sedang2 aku check kat www.gsc.com.my, this week ader satu lagi 3D movie. Yessss.



Haw To Train Your Dragon.... Ermmm sound interesting. From the producer of Shrek & Madagascar. Hmmmmm. Macam gampak. Harap2 dapat menebus kehampaan aku pada Alice


Harap2 la best, kalau tak, lebur lagi RM 15 aku

Addiction

I have a new, stupid addiction to FB game. It was called Airline Manager and it cost me to wake up at 3 in the morning every day just to bought cheap fuel for my aircraft. Plus I need to alert on every time my flight scheduled to depart because i need to instruct 'em to fly, no matter what time is it. If not, no revenue.

Stupid Rite? But....I'm Addicted!!!!!



Wanna Try?

Tuesday, March 16, 2010

Kisah Pelik Di Pagi Selasa

Traffic light jambatan Kemaman memang femes dengan Jam! hari-hari jam. Perjalanan 1 minit jadi 20 minit. Haram jadah. Takde siape2 ke yang boleh fikir, macam mane nak perbesar kan jambatan ni? Aku boleh jer fikir, tapi aku bukan org yang dipilih rakyat. Baik PAS, baik BN, sumer buat2 tak nampak aje masalah,problem,trauma yg dihadapi setiap pagi dan petang. BOSANNNNN!!!!! Tapi tu bukan topik aku hari ni.



Awas, anda diperhatikan

Cuma nak ceritakan satu cerita pelik bin ajaib kat traffic light tu. Hari2 biasa, memang takde polis nak kawal traffic kat junction tu. Sume depend on traffic light. TETAPI, pada hari cuti sekolah camni,yg biasanya tak jam, ader pulak bapak polisi mengawal lalulintas. Aku kagum!!!!!



Jam takde, tapi tetap gigih kawal lalulintas, apakah.

Monday, March 15, 2010

Cuti Sekolah Datang Lagi

Bila cuti sekolah, selain budak2 yg busy bercuti, mak bapak pun sama sebok laa nak apply off. Nak bawak anak2 berjalan katenye. Padahal, mak bapak yg nak berjalan. Mana taknye, kalau cuti sekolah, tpt2 yg ramai org pergi adalah Langkawi, Padang Besar, Rantau Panjang....tpt2 shopping katenye. Budak2 pandai shopping ke? Hahahah. Takde2, saje je. Sempena cuti sekolah ni, aku nak share laa satu destination percutian yg femes dalam Malaysia which is negeri aku...Melaka. (matilaa org komplen promot negeri sendiri)


Melaka actually aku rasanya the only state or city yg ade traffic jam masa weekend. Tapi, mase weekdays, org gila boleh baring atas jalan raya. Hahhaha, Org2 Melaka sedia maklum bahawa tak perlu laa nak mengada2 masuk area town pada hari Sabtu atau Ahad, pasal outcomenya is kita akan sangkut dalam traffic jam. BOSAN. Tapi, sejak beberapa alternative road dibuat, aku rasa jam tu dah kurang kot. (aku rasa laaa)

So.....berbalik pada cerita asal, aku nak suggest kat sesapa yg nak bawak anak2 berjalan dalam bentuk yg lebih ilmiah, datang la ke Melaka. Hahahah. Serius, atleast anak2 korang ader laaa bawak balik sedikit ilmu masa bercuti.


Pengangkutan


Dari segi pengangkutan, the most common route utk ke Melaka is highway PLUS. Org KL turun dari Exit Simpang Empat, Org dari JB/Singapore turun exit Ayer Keroh. Yg dari KL, jgn nak mengada2 nak turun ext Ayer Keroh, pasal kat sana busy sket. Kalau turun dari Simpan Empat, boleh la singgah kejap kat Bandar Alor Gajah, makan kuih udang dekat pekan tu. Mabeles woooo. Instruction???? Lepas exit Simpang Empat, terus amek jalan ke Bandar Melaka melalui Lebuh AMJ. Nanti ade simpang ke Alor Gajah. Sampai pekan tu, korang tanya la local people, kompom diaorg boleh jawap. Heheh. Both two highway exit akan halakan korang semua terus ke Bandaraya Melaka.

Penginapan


Kat Melaka ni, ader banyak giler pilihan hotel, dari laa semahal 400++ per night sampai yg below 100 (with good services) pon ade. So, actually, takde masalah dalam hal ni. Hotel2 pulak terletak berkelompok, bergantung kepada tempat mana korang prefer. Kalau korang punye main interest nak pergi area kawasan heritage, aku saran kan korang lepak kat area Banda Hilir. Senang utk berulang alik ke area bersejarah tu. So, masalah traffic pon boleh dieliminate. Kat sini laa paling banyak hotel2.

Utk penggemar pantai, boleh la lepak kat area Kelebang/Tg Keling. Eventho pantai dia tak la secantik pantai2 primier kat Malaysia ni, tapi actually it was not bad. Ader beberapa chelet/condo/service apartment + hotel kat area ni dgn price range 150 -250.

Kalau korang prefer nature punye percutian, boleh menginap kat area Ayer Keroh. Area ni actually antara kawasan paling moden kat Melaka, tapi, kawasan hutan dipelihara dgn bagus. Semua hotel kat kawasan ni berada berdekatan ngan kawasan tarikan pelancong (Zoo, Taman Buaya, Taman Botanikal, Taman Mini Malaysia etc)





Welkam To Melaka


Point of Interest.



Bila melawat Melaka, actually boleh habis dalam masa 2 hari (full schedule) pasal ader banyak kawasan yg boleh dilawat dan abil kira factor logistik. So, aku ader cadangan utk tentative percutian korang. Sekurang-kurangnya, U wont miss highlight for Melaka. Baru laaa percutian korang bermakna. Hahahha



Day 1


Sampai ke Melaka awal pagi, korang boleh terus memilih utk pergi samada ke Ayer Keroh atau ke Banda Hilir. Ini adalah 2 kawasan yg mesti di lawati kalau pegi Melaka. So, kite pilih Banda Hilir dulu la ek. Jalan ke kawasan ini biasanya sesak, so kalau boleh korang datang la pagi sikit. Parking then terus jalan2. Parking kat area kawasan bersejarah ni susah sikit nak carik. So, kalau dapat sekali, jangan lepas laaaa. Once korang parking, main attraction yang dalam walking distance radius adalah spt dibawah:


  • Kota A’Famosa
  • Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
  • Istana Kesultanan Melayu Melaka
  • Time Capsule, dalam bangunan Dataran Pahlawan
  • Bangunan Merah – Stadhuys
  • Ruin of Porta De Santiago- berdekatan ngan Stadhuys.
  • St Paul Hill – Ade Old Church & tugu St Francis Xavier atas tu
  • Maybe visit several museum from hundreds of it should be enough




Kota A Famosa


Istana Kesultanan Melayu Melaka


Aku rasa utk melawat benda2 ni aje, dah boleh makan satu hari. Utk yang muslim, ade surau berdekatan dengan Menara Taming Sari utk kemudahan korang.

But….jgn naik dulu Menara Taming Sari tu. Huhuhu. Pasal, on my opinion, siang, scene dia tak lawa sgt. So lebih baik korang save utk malam nanti.

Lepas abes jalan2 muzium sumer, korang boleh check in hotel and mandi pasal for sure badan berlekit n bau ader sikit mashem. Have a rest sikit, and after maghrib boleh sambung plak kembara meronda Melaka, night version.

Tempat terbaik utk spend time masa malam and ianya sangat di’recommend is menaiki Menara Taming Sari dan Menyusuri River Cruise. Believe me, is was VERY VERY VERY RECCOMMENDED. Dari 2 apparatus ini, korang akan dapat lihat satu keindahan yang tak de kat tempat lain dalam Malaysia. Percayalah. Tgk gambar kat bawah ni.



Cantek Kan?



Kan?




Melaka Night View





Melaka @ Night from Aerial View

Mabeles? Aku rasa dengan aktiviti di Banda Hilir ni aje, dah lengkap dah satu hari korang di Melaka. Boleh la balik hotel utk zZzZzZzZzZz


Day 2


Bangun pagi tu, after breakfast, boleh la kite ke Ayer Keroh. The main attaraction is Zoo Melaka. Tahukah korang, kebanyakan haiwan2 liar yang ditangkap disekitar Semenanjung, akan dihantar kat Zoo Melaka untuk perlindungan. Ader 1200 binatang kat zoo ni merangkumi 200 spesis.Selain melawat, budak2 sekolah dapat la belajar mengenali alam sekitar! Selain itu, Zoo ni ader gak mengadakan program Night Zoo. Ini kerana terdapat sebahagian haiwan yang ada dalam Zoo ni adalah nocturnal iaitu haiwan yg aktif hanya pada waktu malam.

Di Ayer Keroh jugak, ader beberapa taman2 yang korang tak boleh miss macam Taman Buaya, Taman Mini Malaysia & Taman Botanikal. Dalam Taman Botanikal, ader Kampung Buku yg dipindahkan dari Langkawi. Semua tempat2 ini terletak berdekatan, so takde masalah utk korang berjalan. Ngeeeee. Bersenam la sikit….. Peta lokasi seperti dibawah.






Ok, Kalau plan korang 2 hari aje, aku rasa dah cukup complete dah laaa vacation korang. Tapi banyak lagi yang korang miss. Contohnya

  • A Famosa resort – Actually, activiti kat sini aje boleh makan 2-3 hari.. Layari www.afamosa.com utk maklumat lanjut
  • Medan Ikan Bakar Terapung kat Umbai
  • Jonker Walk pada waktu malam. Ade cendol, tart nenas n nyonya laksa paling mabeles kat sini!
  • Night scenery kat Bandar Lama Melaka
  • Planeterium Melaka kat Ayer Keroh
  • Pantai Kelebang. Actually it was reclaim land dan kini dijadikan recreational park
  • Dataran Bandaraya pada waktu malam
  • Malacca Duck Tour
  • Water Taxi
  • Eye On Malaysia (kes legal masih dalam perbincangan)



OK, akhir kata, aku ucapkan SELAMAT DATANG KE MELAKA.