Monday, March 15, 2010

Cuti Sekolah Datang Lagi

Bila cuti sekolah, selain budak2 yg busy bercuti, mak bapak pun sama sebok laa nak apply off. Nak bawak anak2 berjalan katenye. Padahal, mak bapak yg nak berjalan. Mana taknye, kalau cuti sekolah, tpt2 yg ramai org pergi adalah Langkawi, Padang Besar, Rantau Panjang....tpt2 shopping katenye. Budak2 pandai shopping ke? Hahahah. Takde2, saje je. Sempena cuti sekolah ni, aku nak share laa satu destination percutian yg femes dalam Malaysia which is negeri aku...Melaka. (matilaa org komplen promot negeri sendiri)


Melaka actually aku rasanya the only state or city yg ade traffic jam masa weekend. Tapi, mase weekdays, org gila boleh baring atas jalan raya. Hahhaha, Org2 Melaka sedia maklum bahawa tak perlu laa nak mengada2 masuk area town pada hari Sabtu atau Ahad, pasal outcomenya is kita akan sangkut dalam traffic jam. BOSAN. Tapi, sejak beberapa alternative road dibuat, aku rasa jam tu dah kurang kot. (aku rasa laaa)

So.....berbalik pada cerita asal, aku nak suggest kat sesapa yg nak bawak anak2 berjalan dalam bentuk yg lebih ilmiah, datang la ke Melaka. Hahahah. Serius, atleast anak2 korang ader laaa bawak balik sedikit ilmu masa bercuti.


Pengangkutan


Dari segi pengangkutan, the most common route utk ke Melaka is highway PLUS. Org KL turun dari Exit Simpang Empat, Org dari JB/Singapore turun exit Ayer Keroh. Yg dari KL, jgn nak mengada2 nak turun ext Ayer Keroh, pasal kat sana busy sket. Kalau turun dari Simpan Empat, boleh la singgah kejap kat Bandar Alor Gajah, makan kuih udang dekat pekan tu. Mabeles woooo. Instruction???? Lepas exit Simpang Empat, terus amek jalan ke Bandar Melaka melalui Lebuh AMJ. Nanti ade simpang ke Alor Gajah. Sampai pekan tu, korang tanya la local people, kompom diaorg boleh jawap. Heheh. Both two highway exit akan halakan korang semua terus ke Bandaraya Melaka.

Penginapan


Kat Melaka ni, ader banyak giler pilihan hotel, dari laa semahal 400++ per night sampai yg below 100 (with good services) pon ade. So, actually, takde masalah dalam hal ni. Hotel2 pulak terletak berkelompok, bergantung kepada tempat mana korang prefer. Kalau korang punye main interest nak pergi area kawasan heritage, aku saran kan korang lepak kat area Banda Hilir. Senang utk berulang alik ke area bersejarah tu. So, masalah traffic pon boleh dieliminate. Kat sini laa paling banyak hotel2.

Utk penggemar pantai, boleh la lepak kat area Kelebang/Tg Keling. Eventho pantai dia tak la secantik pantai2 primier kat Malaysia ni, tapi actually it was not bad. Ader beberapa chelet/condo/service apartment + hotel kat area ni dgn price range 150 -250.

Kalau korang prefer nature punye percutian, boleh menginap kat area Ayer Keroh. Area ni actually antara kawasan paling moden kat Melaka, tapi, kawasan hutan dipelihara dgn bagus. Semua hotel kat kawasan ni berada berdekatan ngan kawasan tarikan pelancong (Zoo, Taman Buaya, Taman Botanikal, Taman Mini Malaysia etc)





Welkam To Melaka


Point of Interest.



Bila melawat Melaka, actually boleh habis dalam masa 2 hari (full schedule) pasal ader banyak kawasan yg boleh dilawat dan abil kira factor logistik. So, aku ader cadangan utk tentative percutian korang. Sekurang-kurangnya, U wont miss highlight for Melaka. Baru laaa percutian korang bermakna. Hahahha



Day 1


Sampai ke Melaka awal pagi, korang boleh terus memilih utk pergi samada ke Ayer Keroh atau ke Banda Hilir. Ini adalah 2 kawasan yg mesti di lawati kalau pegi Melaka. So, kite pilih Banda Hilir dulu la ek. Jalan ke kawasan ini biasanya sesak, so kalau boleh korang datang la pagi sikit. Parking then terus jalan2. Parking kat area kawasan bersejarah ni susah sikit nak carik. So, kalau dapat sekali, jangan lepas laaaa. Once korang parking, main attraction yang dalam walking distance radius adalah spt dibawah:


  • Kota A’Famosa
  • Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
  • Istana Kesultanan Melayu Melaka
  • Time Capsule, dalam bangunan Dataran Pahlawan
  • Bangunan Merah – Stadhuys
  • Ruin of Porta De Santiago- berdekatan ngan Stadhuys.
  • St Paul Hill – Ade Old Church & tugu St Francis Xavier atas tu
  • Maybe visit several museum from hundreds of it should be enough




Kota A Famosa


Istana Kesultanan Melayu Melaka


Aku rasa utk melawat benda2 ni aje, dah boleh makan satu hari. Utk yang muslim, ade surau berdekatan dengan Menara Taming Sari utk kemudahan korang.

But….jgn naik dulu Menara Taming Sari tu. Huhuhu. Pasal, on my opinion, siang, scene dia tak lawa sgt. So lebih baik korang save utk malam nanti.

Lepas abes jalan2 muzium sumer, korang boleh check in hotel and mandi pasal for sure badan berlekit n bau ader sikit mashem. Have a rest sikit, and after maghrib boleh sambung plak kembara meronda Melaka, night version.

Tempat terbaik utk spend time masa malam and ianya sangat di’recommend is menaiki Menara Taming Sari dan Menyusuri River Cruise. Believe me, is was VERY VERY VERY RECCOMMENDED. Dari 2 apparatus ini, korang akan dapat lihat satu keindahan yang tak de kat tempat lain dalam Malaysia. Percayalah. Tgk gambar kat bawah ni.



Cantek Kan?



Kan?




Melaka Night View





Melaka @ Night from Aerial View

Mabeles? Aku rasa dengan aktiviti di Banda Hilir ni aje, dah lengkap dah satu hari korang di Melaka. Boleh la balik hotel utk zZzZzZzZzZz


Day 2


Bangun pagi tu, after breakfast, boleh la kite ke Ayer Keroh. The main attaraction is Zoo Melaka. Tahukah korang, kebanyakan haiwan2 liar yang ditangkap disekitar Semenanjung, akan dihantar kat Zoo Melaka untuk perlindungan. Ader 1200 binatang kat zoo ni merangkumi 200 spesis.Selain melawat, budak2 sekolah dapat la belajar mengenali alam sekitar! Selain itu, Zoo ni ader gak mengadakan program Night Zoo. Ini kerana terdapat sebahagian haiwan yang ada dalam Zoo ni adalah nocturnal iaitu haiwan yg aktif hanya pada waktu malam.

Di Ayer Keroh jugak, ader beberapa taman2 yang korang tak boleh miss macam Taman Buaya, Taman Mini Malaysia & Taman Botanikal. Dalam Taman Botanikal, ader Kampung Buku yg dipindahkan dari Langkawi. Semua tempat2 ini terletak berdekatan, so takde masalah utk korang berjalan. Ngeeeee. Bersenam la sikit….. Peta lokasi seperti dibawah.






Ok, Kalau plan korang 2 hari aje, aku rasa dah cukup complete dah laaa vacation korang. Tapi banyak lagi yang korang miss. Contohnya

  • A Famosa resort – Actually, activiti kat sini aje boleh makan 2-3 hari.. Layari www.afamosa.com utk maklumat lanjut
  • Medan Ikan Bakar Terapung kat Umbai
  • Jonker Walk pada waktu malam. Ade cendol, tart nenas n nyonya laksa paling mabeles kat sini!
  • Night scenery kat Bandar Lama Melaka
  • Planeterium Melaka kat Ayer Keroh
  • Pantai Kelebang. Actually it was reclaim land dan kini dijadikan recreational park
  • Dataran Bandaraya pada waktu malam
  • Malacca Duck Tour
  • Water Taxi
  • Eye On Malaysia (kes legal masih dalam perbincangan)



OK, akhir kata, aku ucapkan SELAMAT DATANG KE MELAKA.




1 comment:

  1. sy minta izin utk ambil gmbr encik untuk kegunaan assignment sy. terima kasih.

    ReplyDelete