Monday, March 15, 2010

Adnan Sempit VS V3 Samseng Jalanan

Post ni bukan pasal review on this 2 movies. Cuma aku tergerak utk komen statement Farid Kamil (FK) yg cakap Filem Adnan Sempit menciplak idea2 dari filem beliau V3.Ermmmm, sebagai peminat no 45 filem Adnan Sempit, aku sedikit sebanyak terasa panas dengan Farid Kamil. Agak sarcastic. Maybe betul, maybe tidak. So, oleh kerana aku repeat filem Adnan Sempit 4 kali, aku rasa aku agak layak utk justify adakah statement Farid Kamil tu betul....or tidak. Mari kita tengok sape yang kena.....



VS



First on foremost, dari genre & poster sahaja dah nampak perbezaan ketara. Yang sama hanyalah kehadiran 2 objek utama dalah kedua dua filem iaitu motor (satu motor kapcai satu lagi moto RXZ) dan adenya Intan Ladyana. So, aku tak boleh laaa nak kata takde persamaan lansung, tapi utk tuduhan yg filem Adnan Sempit meniru V3, aku rasa...ermmmmm tak betul kot.

Dengan penuh azamnya, aku pergi laaa GSC Dataran Pahlawan dengan gaya seorang pengkritik filem utk review filem V3. Misi utama, utk tgk apakah ada repetition dalam filem ini ngan Adnan Sempit. Dan.....result nyer....nan adoooo. Aku boleh cakap, nampak sangat statement sang pengarah hanyalah utk menumpang populariti yg dikecap oleh Adnan Sempit (Sorry Farid Kamil, instead I'm one of your fan). Kalau sama pun sikit sangat, cuma yang aku perasan is time Intan tu lambat pergi meeting, Farid hantarkan pakai motor, sama macam yg dalam filem Adnan Sempit. Yang lain, aku tak nampak sangat, cuma adalaa sedikit scene2 mat rempit yang nampak sedikit identical. Tapi, what do you espect? Takkan nak belakon scene mat rempit nak start lumba kat Litar Sepang plak?

So, itu aje utk kali ni. Aku rasa, dari pemerhatian aku, Adnan Sempit mempunyai story line yg tersendiri. Aku tak rasa bosan dengan filem Adnan Sempit even dah tgk berkali2. Utk V3, aku rasa tu je la sekali kot. Aku tak nampak ape2 special dalam V3, sorry. Mungkin genre Adnan Sempit yg kelakar buatkan org tak jemu tgk. Bukan aku yang cakap, tapi dengan pencapaian jualan tiket HAMPIR 1 juta, itu sudah membuktikan sesuatu.


Dan Pemenangnye.....



Denan. Wakakakka

No comments:

Post a Comment